Thursday, December 29, 2016

Perlunya perkongsian pintar antara JKM, Baitulmal, NGO



Perlunya perkongsian pintar antara JKM, Baitulmal, NGO serta agensi lain dalam membantu mereka yang memerlukan dengan mengguna pakai Kaedah Mengoptimakan Sumber (Resource Optimization) untuk mengelakkan individu/keluarga yang sama menerima bantuan dari pelbagai pihak dalam masa yang sama ada individu/keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.

Pengoptimum sumber adalah proses pemadanan sumber sedia ada (manusia, jentera, kewangan) dengan keperluan organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dengan penggunaan bajet yang minima dengan perkongsian sumber.

Wednesday, December 28, 2016

Anda beri kami sampaikan



Puan Hj Masita Mohamed Ali selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan bersama Muslimat Seremban telah menyampaikan sumbangan Rak Ansar dan barangan Kembali ke Sekolah kepada keluarga Nik Ramazan binti Nik Man di Batu 9, Jalan Besar Mantin. Keluarga ini mempunyai 6 orang anak berumur 17, 14, 12, 12, 11 dan 5 tahun. Suami Puan Nik iaitu Encik Arnizam bekerja kampung, mereka juga baru memulakan perniagaan menjual minuman dan mee kari di hadapan rumah. Seterusnya bantuan disalurkan kepada Puan Mumtaz Mohd Yusuf di Batu 3, Jalan Jelebu yang mempunyai anak di Tahun 3




SELIMUT UNTUK ROHINGYA


Tuesday, December 27, 2016

SELIMUT UNTUK ROHINGYA





SELIMUT UNTUK ROHINGYA
Misi Flotilla2 Rakhine - 10 Januari 2017
Penghantaran melalui kapal barang keperluan untuk pelarian Rohingya di Wilayah Arakan, Myanmar.
Orang ramai yang ingin menyumbang selimut sila hubungi:
Hj Rozmal 0122267406
Pn Masita 0192655059
Khairul Ikhwan 0136350756

Sumbangan untuk membeli selimut boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 05021010035453 , Ihsan Amal.

Anjuran: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ihsan Amal

Tuesday, December 20, 2016

Keluarga asnaf di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan



Mereka yang ingin membantu keluarga daif di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan ini yang atap rumah mereka bocor dan perlu dibaiki sila hubungi Ustaz Zatullah 0136369726 atau Hj Rozmal 0122267406. Keluarga asnaf ini tinggal bersama adik-beradik beliau seramai 6 orang, 2 lelaki dan 4 perempuan, 4 orang adalah OKU. Hanya yang betul-betul sihat adalah salah seorang daripada adik-beradik beliau. Mendapat bantuan Majlis Agama sebanyak RM200 seorang x 4 orang = RM 800. Tidak cukup dengan barang dapurnya, duit tambang untuk ke hospital sebulan dua kali, bil api air serta perbelanjaan harian mereka semua.



TAK DAPAT AMBIL KEPUTUSAN PT3 KERANA TAK BAYAR YURAN SEKOLAH



TAK DAPAT AMBIL KEPUTUSAN PT3 KERANA TAK BAYAR YURAN SEKOLAH
20 Disember 2016


PASIR MAS - Seorang pelajar tingkatan tiga hanya mampu melihat rakan-rakannya yang lain mengambil keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan semalam, kerana dia tidak mampu membayar yuran sekolah berjumlah RM180.

Mohd Fikri Mat Zainudin, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan itu tidak dapat berbuat demikian kerana duit tabungan yang cuba disimpannya untuk menjelaskan yuran tertunggak masih tidak mencukupi.

Anak sulung daripada empat beradik itu hanya mampu bertabah dengan kemiskinan hidup yang dilaluinya itu walaupun hanya memperoleh 2A dalam keputusan percubaan PT3.

Katanya, dia bukan sengaja tidak mahu membayar yuran tersebut tetapi keluarganya tidak mampu kerana ayahnya, Mat Zainudin Mat Nor, 41, sudah bertahun tidak bekerja kerana menghidap sakit lelah kronik.

"Ayah terpaksa berulang alik dua kali seminggu ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan.

"Begitu juga dengan adik bongsu, Farah Afrina yang berusia satu tahun tiga bulan turut menghidap lelah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buloh, di sini.

Manakala ibu, Zaira Zakaria, 31, tidak dapat keluar bekerja kerana perlu memberikan perhatian kepada ayah serta adik bongsu dan dua lagi adiknya iaitu Fatin Nadia, 12, dan  Mohd Faiz, 7.

Kata Mohd Fikri, disebabkan kemiskinan hidup juga dia terpaksa bekerja selepas tamat waktu persekolahan dengan mengambil upah mengisi ayam ke dalam bakul sejak tiga tahun lalu.

"Saya dapat upah 40 sen untuk satu bakul dan setiap hari dapatlah dalam RM20. Saya akan mula bekerja pada jam 3 petang sebaik sahaja pulang dari sekolah sehinggalah Maghrib.

"Dengan pendapatan RM20 sehari itu saya berikan kepada ibu untuk perbelanjaan harian kami dan selebihnya disimpan untuk membayar ansuran motosikal sebanyak RM210 sebulan.

"Motosikal ini sangat penting untuk kami sekeluarga kerana ia menjadi pengangkutan utama saya dan adik-adik ke sekolah," katanya.

Menurutnya, selain bergantung kepada pendapatannya, keluarga mereka turut mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

Katanya, dia tidak pernah berkongsi masalah itu kepada cikgu kerana segan selain tidak mahu menyusahkan sesiapa.

"Walaupun begitu, saya bersyukur masih ada ada yang prihatin apabila anak perempuan, Fatin Nadia yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Datuk Hamid Satu mendapat bantuan daripada seorang cikgu yang dikenali sebagai Zamilah Dollah.

"Cikgu Zamilah memberikan duit belanja sebanyak RM3 setiap hari kepada Fatin Nadia untuk dia belanja di sekolah. Alhamdulillah ia sangat membantu meringankan beban kami sekeluarga.