Tuesday, November 21, 2017

Sumbangan peti sejuk



Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan peti sejuk terpakai kepada pasangan suami isteri Norazam dan Liza di PPR Senawang pada 22 November 2017 untuk membantu perniagaan kuih sejuk beku mereka.


Sumbangan barangan dapur di Taman Bandar Senawang



Pada 21 November 2017 Pn Hjh Masita binti Mohamed Ali serta beberapa sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga Pn Khairunnisa yang menyewa di Taman Bandar Senawang, mempunyai 5 orang anak berusia 8, 6, 4 tahun, 1 tahun 9 bulan dan 7 bulan. Turut tinggal bersama ibunya berusia 58 tahun dan ayah 65 tahun. Suami Khairunnisa bekerja di syarikat swasta. Ibu Khairunnisa sangat tersentuh dan mengalirkan air mata kerana inilah kali pertama menerima bantuan. Ayah Khairunnisa bekerja mengikut syif sebagai pengawal keselamatan cukup untuk menampung makan.


Sunday, November 19, 2017

Tujuh beradik dibantu Amalnita



Tujuh beradik dibantu Amalnita - Harakah 20 Nov 2017


Pembayaran Sumbangan PIBG untuk pelajar miskin



Pada 17 November 2017 Tn Hj Ishak Hj Omar mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menguruskan pembayaran Sumbangan PIBG, Duit Program Tahun 6 dan Bayaran Percubaan PT3 untuk pelajar-pelajar miskin di SK Nyatoh, Rantau dan SMK Mambau.
 





Thursday, November 16, 2017

Program tukar minyak hitam motosikal



Program tukar minyak hitam motosikal dan mentol lampu motosikal secara percuma anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah berjalan dengan lancarnya di Bengkel Faiz di Kg Batang Nyamor, Rembau pada 16 November 2017. Sebanyak 15 buah motosikal telah mendapat perkhidmatan percuma tersebut. Disamping itu pihak Yayasan Amal juga telah memberi sumbangan 10 tiub tayar, 10 botol minyak hitam, 10 palam pencucuh dan 20 mentol lampu kepada Faiz untuk dia memajukan lagi bengkel motosikalnya. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan membaiki motosikal boleh menghubungi Faiz 0172594869

"Beramal kerana Allah"




Tujuh beradik hilang pergantungan dibantu Amalnita




Tujuh beradik hilang pergantungan dibantu Amalnita
RUSILAH MD SOM
16 November 2017

SEREMBAN: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah membantu sembilan beradik yang bagaikan hilang pergantungan setelah bapa tiri mereka kurang sihat dan tidak mampu menanggung nafkah.
    
Terdahulu, adik-adik tiri tujuh beradik berusia antara 2 hingga 16 tahun itu kehilangan ibu mereka yang meninggal lima bulan lepas, sedang ayah tiri hanya bekerja sebagai tukang rumah dan pembaik pulih pendingin hawa.
    
Kesempitan itu menyebabkan adik beradik tiri itu terpaksa bergantung kepada pendapatan kakak sulung tiri dan adiknya masing-masing berumur 24 dan 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.
    
Sehubungan itu, Yayasan Amal menerusi Amalnita telah menghulurkan sumbangan untuk keluarga itu serta berusaha memastikan persiapan persekolahan anak-anak tersebut untuk sesi 2018 ketika berziarah mereka di Taman Angsamas, Mambau, di sini semalam.
    
Orang ramai yang prihatin boleh turut serta membantu keluarga ini dengan menghubungi talian 012-226 7406 (Rozmal). - HARAKAHDAILY 16/11/2017