Tujuh beradik hilang pergantungan dibantu Amalnita
RUSILAH MD SOM
16 November 2017
SEREMBAN: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
telah membantu sembilan beradik yang bagaikan hilang pergantungan setelah bapa
tiri mereka kurang sihat dan tidak mampu menanggung nafkah.
Terdahulu, adik-adik tiri tujuh beradik berusia antara 2
hingga 16 tahun itu kehilangan ibu mereka yang meninggal lima bulan lepas,
sedang ayah tiri hanya bekerja sebagai tukang rumah dan pembaik pulih pendingin
hawa.
Kesempitan itu menyebabkan adik beradik tiri itu terpaksa
bergantung kepada pendapatan kakak sulung tiri dan adiknya masing-masing
berumur 24 dan 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.
Sehubungan itu, Yayasan Amal menerusi Amalnita telah
menghulurkan sumbangan untuk keluarga itu serta berusaha memastikan persiapan
persekolahan anak-anak tersebut untuk sesi 2018 ketika berziarah mereka di
Taman Angsamas, Mambau, di sini semalam.
Orang ramai yang prihatin boleh turut serta membantu
keluarga ini dengan menghubungi talian 012-226 7406 (Rozmal). - HARAKAHDAILY
16/11/2017
No comments:
Post a Comment