Ziarah Kasih Amalnita di perkampungan Orang Asal
RUSILAH MD SOM
02 November 2017
JELEBU: Perkumpulan Mawaddah Warahmah Jempol yang berdaftar
sebagai NGO Amalnita telah mengadakan program Ziarah Kasih mendekati masyarakat
Orang Asal di Kampung Sawah, Air Baning, Kuala Klawang, di sini semalam.
Sempena program tersebut, pihak Amalnita telah menghulurkan
sumbangan berbentuk set barangan dapur dan juga set pakaian solat wanita kepada
keluarga dan kaum muslimah Orang Asal.
Ketua Perkumpulan, Bibah Tumin gembira dengan sambutan
diberikan di mana seramai 21 muslimah Orang Asal termasuk dua orang yang baru
memeluk Islam hadir pada program itu.
Beliau yang juga Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan turut ditemani Sukarelawan Amalnita dari kawasan-
kawasan lain, di samping kehadiran Pegawai Orang Asal, Pengerusi dan Imam Surau
di situ.
Jelasnya lagi, program tersebut berlangsung di Surau Al
Falah, Kampung Sawah di mana telah menampilkan juga pendakwah, Ustazah Masdiati
Aminuddin yang menyampaikan pengisian berkait aqidah.
Antara intisari tazkirah disampaikannya, beliau menyeru agar
mereka wajib menjaga ibadah solat di samping memberi peringatan agar mereka
berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai satu cara hidup.
Bibah Tumin berazam untuk meneruskan usaha-usaha kebajikan
seperti ini di kawasan-kawasan lain di Negeri Sembilan.
Amalnita yang bernaung di bawah Yayasan Amal bergerak aktif
kini di mana mempunyai ramai sukarelawan dalam kesinambungan kerja-kerja
kebajikan.
Muslimat yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli
sukarelawan Amalnita boleh menghubungi Pengerusi Amalnita Negeri Sembilan,
Masita Ali (019-265 5059) dan Bibah
Tumin (019-676 1607). - HARAKAHDAILY 2/11/2017
No comments:
Post a Comment