Sunday, January 8, 2017

Ziarah dan Sumbangan



Pada 7 Januari 2017 Amalnita N.Sembilan telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada satu keluarga yang begitu istimewa di Rantau. Keluarga ini tinggal bersama 6 orang adik-beradik iaitu 2 lelaki dan 4 wanita dimana 4 orang dari mereka adalah OKU dan seorang tidak sihat. Keluarga ini mendapat bantuan Majlis Agama Islam N.Sembilan untuk menampung sebahagian keperluan bulanan. Perbelanjaan bulanan untuk barang dapur, duit tambang untuk ke hospital sebulan dua kali mendapatkan rawatan, bil api air serta perbelanjaan harian ada kalanya dibantu oleh orang kampung, jiran tetangga, NGO, serta individu lain sekiranya ada. Mereka mendiami rumah pusaka yang kian uzur dimana bilik air dan tandasnya perlu dibaiki. Kami sedang mendapatkan kos pembaikan sekiranya ada pihak yang ingin menaja nanti. Keluarga ini tinggal di Jalan Tuan Hj Salleh, Kampung Belangkan, Kuala Sawah, Rantau.






No comments: