Sunday, August 20, 2017

Amalnita Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan

Amalnita Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dapur dan makanan kepada keluarga Encik Hermanto dan Puan Zarina di Taman Dusun Setia, Seremban pada 20 Ogos 2017



Thursday, August 17, 2017

PROGRAM KORBAN, AQIQAH 1438H YAYASAN AMAL MALAYSIA





PROGRAM KORBAN, AQIQAH 1438H YAYASAN AMAL MALAYSIA

Di Sudan, Ethiopia, Uganda dan negara-negara di luar negara yang ramai penduduk miskin,

1 bahagian lembu RM350
1 ekor kambing RM450

Untuk penyertaan program korban dari N.Sembilan sila hubungi wakil daripada N.Sembilan yang berikut :
Hj Rozmal 0122267406
Pn Hjh Masita 0192655059
Khairul Ikhwan 0136350756

Tarikh tutup penyertaan 27 Ogos 2017

Atau hubungi Ustaz Hafizul 0196478285 (wakil Yayasan Amal Malaysia Pusat) dan sertakan maklumat di bawah ini:
* Nama penuh peserta:
* Alamat penuh:
* No telefon:
* E-mel (jika ada):
* Slip/resit bank in:
* Untuk tujuan korban atau aqiqah:

Bayaran boleh dibuat ke akaun Yayasan Amal Malaysia berikut:
Maybank: 553010122090
Bank Muamalat: 13010002499715
Bank Islam: 13053010 003149
CIMB Bank : 14680000191108

Thursday, August 10, 2017

Sumbangan untuk peralatan Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Senawang diperlukan.

Sumbangan untuk peralatan Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Senawang diperlukan.


Al FATEH Ex Net (NGO/Sukarelawan) sedang berusaha mencari dan mengumpulkan dana sebanyak RM3616 untuk membantu pihak Surau Al Hira di Flat PPR Senawang melengkapkan peralatan keperluan asas surau. Antara yang diperlukan ialah:
32 buah kerusi plastik
8 buah meja plastik (lipat)
1 balang air panas 15 liter
1 periuk nasi 5kg
Set langsir surau
Langsir untuk memandikan jenazah

Untuk sumbangan sila hubungi Sdr Khairil 0166669703

Sumbangan juga boleh disalurkan ke Akaun Bank Islam (BIMB) : 05067010005820

Thursday, August 3, 2017

Empat beradik hilang tempat bergantung



Empat beradik hilang tempat bergantung
Terpaksa urus kehidupan selepas kematian bapa, ibu
4 Ogos 2017


JEMPOL 3 Ogos - Empat beradik yang masih remaja hilang tempat bergantung dan terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan sendiri kehidupan selepas kematian bapa dan ibu mereka.

Sebagai anak sulung, Roshaiza Abdul Razak, 22, kini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap adik-adiknya iaitu Roszalina, 21, Mohd. Haikal, 19, dan Roshairiney, 16.

Selepas kematian bapa, Abdul Razak Abdul Majid, 55 disebabkan serangan jantung pada 2013, kehidupan mereka semakin terhimpit ekoran pemergian ibu, Rosnah Samek,52, akibat angin ahmar tahun lalu.

Menurut Mohd. Haikal, mereka kini menyara hidup melalui pendapatan sebanyak RM35 sehari yang diperoleh Roshaiza sebagai pekerja di sebuah warung makanan di sini.

“Alhamdulilah kami juga menerima bantuan sebanyak RM270 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal.

“Bagaimanapun, pendapatan itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami kerana Roszalina masih menjalani latihan bekerja di Seremban, manakala saya dan Roshairiney masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kuala Jempol di sini.

Muhamad Haikal yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mansor, Bahau di sini berkata, bagi menambah pendapatan keluarga, dia juga mengambil upah memotong rumput jika ada permintaan daripada penduduk.

Sementara itu, Roshaiza berkata, rumah yang mereka diami juga sudah uzur dengan bahagian bumbung sudah tercabut di sana sini.

“Mujur baru-baru ini ada bantuan atap daripada Yayasan Felda yang dapat mengurangkan masalah kebocoran di rumah kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 013-6815272 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional, 05104-41-00007358-3 (Muhamad Haikal Abdul Razak).

Sumbangan Kasih Ramadhan

Puan Hjh Bibah bt Tumin mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyerahkan sumbangan Kasih Ramadhan kepada adik Muhammad Haikal, pelajar Tingkatan 6 SMDM yatim lagi piatu yang kini menggalas tugas sebagai ketua keluarga menjaga kakak serta dua adik perempuan di Jempol, N.Sembilan pada 14 Jun 2016




Tuesday, August 1, 2017

Sumbangan untuk keluarga India

Wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Tn Hj Mohamad Hassan bin Tamby serta wakil Amalnita Negeri Sembilan Pn Hjh Faridah Yahaya menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur serta wang tunai untuk membuat MyKad yang hilang kepada keluarga India di Mambau, Seremban pada 1 Ogos 2017