Thursday, September 28, 2017

Sumbangan peralatan untuk Surau PPR Senawang



Sumbangan peralatan untuk Surau PPR Senawang

28 Sep 2017 - Tuan Haji Mohammad Hassan bin Tamby mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyerahkan sumbangan peralatan kepada Sdr Harun, Pengerusi Surau Hira, PPR Bersepadu Senawang. Peralatan tersebut adalah untuk keperluan aktiviti di surau iaitu 8 meja lipat dan 32 kerusi.


Wednesday, September 27, 2017

Sumbangan alat pemadam api untuk rumah anak yatim



Terima kasih kepada penyumbang yang telah menghadiahkan alat pemadam api untuk Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina di No 38, Jalan Kenanga 21, Taman Satria, Senawang.


Sumbangan alat pemadam api untuk pesakit kanak-kanak



Amalnita Negeri Sembilan menyerahkan sumbangan alat pemadam api kepada Encik Fareez di No 359, Lorong 2/4, Taman Alamanda, Senawang untuk persediaan bilik anaknya Faiq Aryan yang menghidap penyakit Adenovirus sejak berusia 4 bulan. Adik Faiq memerlukan pengasingan bilik yang lengkap untuk peralatan perubatan. Amalnita sebelum ini telah melawat adik Faiq Aryan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.





Tuesday, September 26, 2017

Prihatin nasib para asnaf ibu tunggal



Prihatin nasib para asnaf ibu tunggal

26 September 2017

Tn Hj Mohammad Hassan bin Tamby, mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menziarahi dua orang balu yang kematian suami di PPR Seri Perdana Paroi.

Puan Rojitah binti Yusof, 52 tahun. Tidak dapat mewarisi pencen arwah suami. Beliau mengalami masalah kesihatan serta pelbagai penyakit lain dan tidak dapat bekerja. Sekarang dalam proses permohonan bantuan asnaf Baitulmal.

Puan Rasimah binti Roslan, 58 tahun. Mempunyai seorang anak yang masih bersekolah manakala seorang lagi mengalami masalah kesihatan dan kerap berhenti kerja. Belia merupakan penerima bantuan asnaf Baitulmal setiap bulan. Anak yang bekerja tersebut menjadi sumber tempat bergantung selepas kematian suami.

Kedua-dua balu ini mempunyai anak yang telah dewasa dan telah bekerja tetapi tinggal berasingan di luar Negeri Sembilan.




Menyantuni warga emas dan veteran tentera



Menyantuni warga emas dan veteran tentera

26 September 2017

Tn Hj Mohammad Hassan bin Tamby, mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyantuni serta menziarahi warga emas serta veteran tentera di Taman Kobena, Senawang.

Tn Hj Zainai bin Hj Samat, 84 tahun adalah bekas bilal Masjid Bandar Baru Senawang. Beliau uzur dan mengalami masalah lemah ingatan.

Cikgu Abd Manaf bin Shamsudin, 72 tahun pesara guru. SK Kuala Pilah adalah sekolah terakhir beliau berkhidmat. Beliau mengalami masalah darah tinggi dan pernah diserang angin ahmar.

Tn Hj Ramli bin Abidin, pesara tentera tanpa pencen. Beliau mengalami masalah darah tinggi dan jantung, telah menjalani pembedahan jantung 5 tahun lepas.

Tn Hj Arshad bin Abidin, 80 tahun, pesara tentera berpencen. Beliau mengalami masalah jantung, kencing manis , gout dan darah tinggi. Tinggal berdua dengan isteri yang juga uzur.