Prihatin nasib para asnaf ibu tunggal
26 September 2017
Tn Hj Mohammad Hassan bin Tamby, mewakili Yayasan Amal
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menziarahi dua orang balu yang kematian suami
di PPR Seri Perdana Paroi.
Puan Rojitah binti Yusof, 52 tahun. Tidak dapat mewarisi
pencen arwah suami. Beliau mengalami masalah kesihatan serta pelbagai penyakit
lain dan tidak dapat bekerja. Sekarang dalam proses permohonan bantuan asnaf
Baitulmal.
Puan Rasimah binti Roslan, 58 tahun. Mempunyai seorang anak
yang masih bersekolah manakala seorang lagi mengalami masalah kesihatan dan
kerap berhenti kerja. Belia merupakan penerima bantuan asnaf Baitulmal setiap
bulan. Anak yang bekerja tersebut menjadi sumber tempat bergantung selepas
kematian suami.
Kedua-dua balu ini mempunyai anak yang telah dewasa dan
telah bekerja tetapi tinggal berasingan di luar Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment