Thursday, July 24, 2014

Jemaah masjid salur bantuan Gaza melalui Yayasan Amal N.Sembilan


Senawang 24 Julai 2014 – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan hari ini menyerahkan sumbangan bantuan Gaza berjumlah RM 17,633.00 kepada Yayasan Amal Malaysia Pusat untuk misi bantuan rakyat Palestin terutamanya di Gaza. Sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai, jemaah masjid serta surau sekitar Seremban dan Senawang.


Sumbangan telah disampaikan oleh Sdr Nazri Zainal selaku Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan kepada Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, Ustaz Misbahul Munir.

No comments: