Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan bersama beberapa persatuan lain sedang merancang untuk
menganjurkan Majlis Kenduri Kahwin Bantu Anak Muda (MKKBAM) bertujuan
untuk meringankan kos perkahwinan pasangan anak muda yang ingin
melangsungkan perkahwinan buat kali pertama.
Dengan kos hanya RM500 yang dikeluarkan
oleh pasangan anak muda yang ingin berkahwin tersebut pihak penganjur
akan mengaturkan majlis kenduri kahwin secara sederhana mengikut
sambutan pihak lain yang ingin membantu dan ingin menaja. Dengan ini
pasangan anak muda tersebut dapat menyimpan wang majlis kenduri
kahwin untuk membeli keperluan asas lain dan sebagai simpanan untuk
membeli rumah pertama mereka atau pelajaran anak-anak mereka.
Matlamat MKKBAM ini ialah untuk memberi
mesej kepada masyarakat umum bahawa betapa kritikalnya gejala sosial
pada ketika ini, justeru itu perlulah disampaikan mesej kepada
masyarakat untuk meringankan beban persiapan pasangan anak muda yang
ingin berkahwin.
Penganjuran pertama kami ialah di
sekitar Rembau pada hujung tahun 2014 ini. Justeru itu kami amat
mengalu-alukan mana-mana pihak serta individu yang ingin menaja
program ini samada dalam bentung wang ringgit, khemah, persalinan
pengantin, kompang, PA sistem, dewan, makanan, minuman, saguhati dan
sebagainya sila hubungi Hj Rozmal bin Malakan , Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan di Tel/SMS/Whatsapp ;
012-2267406 , rozmal@yahoo.com
No comments:
Post a Comment