Saturday, January 31, 2015

Remaja perempuan dari Rembau ini perlu bantuan untuk pembedahan


Adik Nurul Hidayah bt Mokhtar pelajar SMK Dato Undang Haji Adnan dari Taman Rembau Utama, N.Sembilan akan menjalani pembedahan tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 10 Feb 2015. Ayahnya hanya bekerja sebagai peniaga pisang goreng di Rembau. Kos pembedahan ialah RM23,100.00.

Setakat ini duit yang dikumpul serta bantuan yang diterima hanya cukup untuk kos pembedahan. Keluarga ini perlu kita bantu, kerana mereka hanya peniaga pisang goreng di kampung. Mereka akan memerlukan kos yang banyak untuk rawatan susulan serta berulang alik ke hospital. Perniagaan warung goreng pisang mereka terpaksa ditutup sementara untuk menguruskan rawatan anak kesayangan mereka ini.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini bolehlah menghubungi terus ayah adik Nurul iaitu Encik Mokhtar bin Abdullah 017-3734218.

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
9:55 pagi , 31 Jan 2015
Seminar PAR
Langsung dari One Garden Hotel, Senawang

Wednesday, January 28, 2015

Perlu dibantu



SMS berikut diterima dari seorang ibu tunggal yang kematian suami, mempunyai 4 org anak masih bersekolah rendah/menengah, menyara hidup dgn menjual nasi lemak, jika ada yg boleh bantu sila hubungi saya 0122267406.

Hj Rozmal bin Malakan,
29.1.15

"Assalam.sya ..... yg msg pasal rmh sewa aritu. sya terpaksa keluar akhir bln ni.mau x mau sya terpaksa amik rumah yg sewanya rm450.utk smtara waktu menunggu giliran permohonan rumah PPR flat jasmin.tujuan sya msg ini nak mnta bantuan utk mbayar deposit rumah yg bakal sya duduki awal februari ni.kalau ada sesiapa yang boleh pinjamkan saya wang deposit itu sementara sya memohon bantuan baitulmal bagi byr balik wang yg sya pnjam itu. sya sangat perlukan rumah itu kerana sya terpaksa keluar dr rmh sekrg 31hb Januari ini.tuan boleh dtg ke alamat saya di no .... jln ..... , tmn.marida, senawang dekat dgn petronas. terima kasih atas keperihatinan tuan.wassallam.

Terima kasih Farmasi Aktif, Masjid Tanah, Melaka




Semalam saya paparkan sebuah keluarga yang kurang berkemampuan yang perlukan kerusi roda dan tongkat kaki empat. Alhamdulillah semalam ada orang beri sumbangan tunai. Saya buat carian di internet untuk farmasi yang berhampiran dengan keluarga ini. Jumpalah Farmasi Aktif.

Setelah di hubungi melalui FB, pengurusan farmasi ini memberikan harga yang berpatutan. Lalu saya masukkan duit sumbangan ke akaun farmasi ini untuk kerusi roda dan tongkat tersebut. Dan keluarga tadi akan mengambil kerusi roda dan tongkat yang sudah dibayar dengan mengunjungi farmasi tersebut.

Alhamdulillah, cukup mudah. Tak perlu susah-susah fikir macamana nak hantar dari Seremban barangan sumbangan tersebut. Semuanya dengan kemudahan FB, Whatsapp dan ATM.

Terima kasih Farmasi Aktif atas maklum balas yang segera.

Mereka yang ingin membantu mana-mana keluarga yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan mungkin boleh cuba berurusan mana-mana farmasi berhampiran. Bantuan terus ke sasaran tanpa ragu-ragu dengan segera.

FARMASI AKTIF
MT 698, Komplex Perniagaan Masjid Tanah, Masjid Tanah, 78300, Masjid Tanah, Melaka
Tel :  06-385 3121

***************

Kisah sebelum ini ;

Ada sesiapa boleh bantu saudara kita di bawah ini? Sila hubungi saya 0122267406 , rozmal@yahoo.com

Hj Rozmal bin Malakan
27 Jan 2015

assalammualaikum..tn hj ada sesiapa yg boleh sumbang kerusi roda n tongkat kaki 4...dlm masa terdekat akan keluar hospital,dr x benarkan berjln, ,boleh menggangu sistem pernafsan.

Wednesday, January 21, 2015

Masih ada yang tak mampu hantar anak sekolah



Walaupun sudah hampir dua minggu sekolah dibuka, namun masih ada ibu bapa yang tidak mampu hantar anak ke sekolah kerana kemiskinan. Alhamdulillah, hari ini saya telah menjelaskan yuran sekolah seorang pelajar tingkatan 3 di Melaka hasil sumbangan orang ramai.

Ibu bapanya tidak mampu untuk membayar yuran-yuran kerana kemiskinan. Jumlah kesemua yuran ialah RM644 iaitu; Sumbangan PIBG RM25, ICT RM10, Kebajikan RM10, Kecemerlangan RM50, Buku dan peralatan sekolah serta saham koperasi RM125, Pendaftaran asrama dan peralatan RM174, Duit makan asrama untuk 2 penggal RM250.

Harap kita ambil berat mereka di sekeliling kita, terutama mereka yang tidak meminta-minta. Bukan di pantai timur saja kita bantu, bahkan di pantai barat pun ada yang amat memerlukan bantuan.

Hj Rozmal bin Malakan
Tel : 012-2267406
21 Jan 2015

Monday, January 19, 2015

KELENGKAPAN IBADAH UNTUK MANGSA BANJIR




Pustaka Al Azhar Media dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan menawarkan kepada orang ramai untuk menghulurkan kelengkapan pek ibadah sebanyak RM100 kepada mangsa banjir.

Pek ini mengandungi al Quran, sejadah, telekung, kain pelikat dan kopiah.

Mereka yang ingin menyumbang sila kunjungi kedai Pustaka Al Azhar Media, No 15, Tingkat Bawah, Bangunan UDA, Bandar Baru Ampangan (deret BSN), Seremban atau hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 .

Thursday, January 8, 2015

PAKEJ SUMBANGAN PEK KESIHATAN UNTUK MANGSA BANJIR




PAKEJ SUMBANGAN PEK KESIHATAN UNTUK MANGSA BANJIR

Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dengan kerjasama Kedai Runcit Azhar kini menawarkan Pakej RM30 berupa barangan kesihatan dan pelbagai barangan lain antaranya sabun mandi, sabun buku basuh baju, sabun basuh pinggan, ubat gigi, berus gigi, lilin, mancis dan minyak angin untuk disalurkan ke Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir di Taman Tasik Jaya, Senawang.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi atau mengunjungi Kedai Runcit Azhar, No 80/224 Jln Selaseh 4, Kg. Sentosa, Paroi, 70400 Seremban, atau menghubungi Sdr Azizul 0129740363

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
9 Jan 2015

Sunday, January 4, 2015

PAKEJ SUMBANGAN BANTUAN MANGSA BANJIR




Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dengan kerjasama Kedai Runcit Azhar menawarkan Pakej RM50 dan RM100 barang makanan kering untuk disalurkan ke Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir di Taman Tasik Jaya.

Barangan dalam pakej ini ialah beras, susu, tepung, gula, minyak, sardin, biskut, bihun, kicap dan teh.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Sdr Azizul 0129740363 di Kedai Runcit Azhar, No 80/224 Jln Selaseh 4, Kg. Sentosa, Paroi, 70400 Seremban.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
5 Jan 2015