Semalam saya paparkan sebuah keluarga yang kurang
berkemampuan yang perlukan kerusi roda dan tongkat kaki empat. Alhamdulillah
semalam ada orang beri sumbangan tunai. Saya buat carian di internet untuk
farmasi yang berhampiran dengan keluarga ini. Jumpalah Farmasi Aktif.
Setelah di hubungi melalui FB, pengurusan farmasi ini
memberikan harga yang berpatutan. Lalu saya masukkan duit sumbangan ke akaun
farmasi ini untuk kerusi roda dan tongkat tersebut. Dan keluarga tadi akan mengambil
kerusi roda dan tongkat yang sudah dibayar dengan mengunjungi farmasi tersebut.
Alhamdulillah, cukup mudah. Tak perlu susah-susah fikir
macamana nak hantar dari Seremban barangan sumbangan tersebut. Semuanya dengan
kemudahan FB, Whatsapp dan ATM.
Terima kasih Farmasi Aktif atas maklum balas yang segera.
Mereka yang ingin membantu mana-mana keluarga yang
memerlukan pelbagai bentuk bantuan mungkin boleh cuba berurusan mana-mana
farmasi berhampiran. Bantuan terus ke sasaran tanpa ragu-ragu dengan segera.
FARMASI AKTIF
MT 698, Komplex Perniagaan Masjid Tanah, Masjid Tanah,
78300, Masjid Tanah, Melaka
Tel : 06-385 3121
***************
Kisah sebelum ini ;
Ada sesiapa boleh bantu saudara kita di bawah ini? Sila
hubungi saya 0122267406 , rozmal@yahoo.com
Hj Rozmal bin Malakan
27 Jan 2015
assalammualaikum..tn hj ada sesiapa yg boleh sumbang kerusi
roda n tongkat kaki 4...dlm masa terdekat akan keluar hospital,dr x benarkan
berjln, ,boleh menggangu sistem pernafsan.
No comments:
Post a Comment