Walaupun sudah hampir dua minggu sekolah dibuka, namun masih
ada ibu bapa yang tidak mampu hantar anak ke sekolah kerana kemiskinan.
Alhamdulillah, hari ini saya telah menjelaskan yuran sekolah seorang pelajar
tingkatan 3 di Melaka hasil sumbangan orang ramai.
Ibu bapanya tidak mampu untuk membayar yuran-yuran kerana
kemiskinan. Jumlah kesemua yuran ialah RM644 iaitu; Sumbangan PIBG RM25, ICT
RM10, Kebajikan RM10, Kecemerlangan RM50, Buku dan peralatan sekolah serta
saham koperasi RM125, Pendaftaran asrama dan peralatan RM174, Duit makan asrama
untuk 2 penggal RM250.
Harap kita ambil berat mereka di sekeliling kita, terutama
mereka yang tidak meminta-minta. Bukan di pantai timur saja kita bantu, bahkan
di pantai barat pun ada yang amat memerlukan bantuan.
Hj Rozmal bin Malakan
Tel : 012-2267406
21 Jan 2015
No comments:
Post a Comment