Monday, December 22, 2014

Derita ketumbuhan dalam otak

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini yang amat memerlukan sokongan kita semua, sila hubungi terus Puan Noor Hasni 017-227 0940.


Derita ketumbuhan dalam otak

Seremban: “Sepatutnya kakak (anak) sudah boleh bersekolah dan bermain. Tetapi, akibat penyakit kanser, dia hanya mampu terlantar di katil,” kata suri rumah, Noor Hasni Hasan, 28, ibu kepada seorang kanak-kanak, Dania Alani Mohd Amry, 7, yang mengidap penyakit kanser medulloblastoma dan hidrosefalus.

Noor Hasni ditemui di rumahnya di Kampung Batu 3, Mambau, di sini, semalam, begitu sedih apabila anaknya itu kini tidak mampu berjalan berikutan mengalami ketumbuhan dalam otak dan kepala berair sejak Mei tahun lalu.

Menurut Noor Hasni, kedua-dua penyakit itu dikesan Mac tahun lalu apabila Dania Alani yang ditempatkan di rumah pengasuh dilihat lemah dan berjalan dalam keadaan terhincut-hincut.

Noor Hasni berkata, pada mulanya dia menyangka anak sulung daripada empat beradik itu cuba menarik perhatian apabila menunjukkan perubahan sikap.

“Sehinggalah pengasuh memaklumkan anak sukar untuk bangun dan sering menangis, saya membawanya ke Klinik Kesihatan Seremban, di sini pada Mac tahun lalu sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS),” katanya.

Menurutnya, anaknya itu kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor memaklumkan Dania Alani mengalami ketumbuhan dalam otak serta kepala berair.

“Selepas pemeriksaan dibuat pada Mei tahun lalu, dia tidak lagi dapat berjalan. Saya begitu sedih melihat keadaannya, apa lagi dia sepatutnya sudah memasuki tahun satu,” katanya yang terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di daerah ini.

Menurutnya, Dania Alani juga tidak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu menggunakan tiub melalui hidung selain memakai lampin pakai buang.

Masalah mereka bertambah parah berikutan suaminya, Mohd Amry Abd Halim, 32 yang bekerja di bengkel kimpalan besi berpendapatan RM1,700 sebulan.

Katanya, dengan pendapatan tidak seberapa itu, suaminya terpaksa memperuntukkan RM1,200 sebulan untuk membeli lampin dan susu khas buat anaknya itu, sedangkan mereka perlu menanggung tiga lagi anak iaitu Muhammad Aqil Lotfi, 5, Muhammad Dhiyauddin Rayyan, 3, dan Nur Delilah Aisyahyang, 10 bulan.

“Setiap hari Dania Alani minum susu sebanyak lapan kali iaitu 400 gram dan menggunakan tiga lampin. Kami runsing memikirkan mencari pendapatan lebihan,” katanya yang tertekan kerana doktor memaklumkan tidak tahu punca sebenar penyakit itu selain tiada rawatan.

Katanya, dia mengharapkan orang ramai yang bersimpati untuk membantunya dengan menghubungi menerusi talian 017-227 0940.

18 Disember 2014

Friday, December 19, 2014

Kalau jumpa saudara kita ini jual minyak wangi, belilah



Malam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang. Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya mesti dia menjual sesuatu. Semasa saya mengisi minyak dia teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia.

Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta. Dia akan datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang. Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.

Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan tabung perubatan katanya.

Kepada sahabat-sahabat yang nampak Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah.

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

Thursday, December 18, 2014

Mohon bantuan peralatan golongan OKU




Satu keluarga yang kurang berkemampuan di Kendong, Rembau amat memerlukan alat ini untuk ayahnya yang amat uzur.

Harga alat ini sekitar RM500. Mereka yang ingin memberi sumbangan peralatan ini atau sumbangan duit untuk membeli alat ini sila hubungi saya Hj Rozmal 0122267406

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, no akaun 05012010047905 BANK ISLAM atau akaun Maybank 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
18 Dis 2014

Wednesday, December 17, 2014

Program Bantuan Peralatan Persekolahan Pelajar Kurang Berkemampuan




Sempena sesi persekolahan yang akan dibuka pada tahun 2015, pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima banyak permintaan dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membantu anak-anak mereka masuk ke alam persekolahan.

Antara peralatan persekolahan yang diperlukan ialah buku tulis, buku kerja serta alat tulis. Kami menganggarkan untuk seorang pelajar cuma memerlukan RM30 untuk menyiapkan peralatan asas persekolahan. Sasaran kami ialah untuk memberi bantuan persekolahan ini kepada 500 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang berada di sekolah rendah dan menengah.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan , Hj Rozmal 012-2267406 .

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank , no akaun 155126945930


Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
18 Dis 2014

http://www.webmasterview.com/free-anonymous-web-proxy/facebook/

Tuesday, December 16, 2014

Tolong jangan buat pinjaman, ramai sudah tertipu




Kepada mereka yang terdesak, terutama pelajar IPTA yang perlu jelaskan yuran pengajian jika tidak mereka akan menerima status Gugur Taraf (GT), tunggu duit zakat belum dapat, tunggu PTPTN belum juga dapat, tunggu biasiswa pun belum dapat agar tidak membuat pinjaman peribadi.

Dah ramai yang kena tipu, tertipu dengan cara begini.

Berbincanglah dengan pensyarah, bendahari dan HEP jika ada masalah kerana belum dapat PTPTN, biasiswa atau duit zakat.

Hari ini seorang pelajar IPTA telah mengadu kepada saya kerana biasiswa hanya akan dapat bulan Januari 2015, tapi dia perlu bayar yuran IPTA sebelum 19 Dis 2014, jika tidak dia akan mendapat status Gugur Taraf.

Dia cuba meminjam pada agensi seperti ini, akhirnya tertipu, biasiswa belum dapat, mungkin terpaksa menerima hakikat Gugur Taraf pada 19 Dis 2014 nanti.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
16 Dis 2014

Saturday, December 13, 2014

Salahkah jika kita bantu mereka yang susah, kesempitan?


Setiap kisah kesusahan dan kesempitan hidup beberapa keluarga di negara kita ini yang saya paparkan di blog atau FB saya terpulang kepada pembaca untuk membantu atau tidak. Baik dari segi bantuan kewangan, barangan atau doa, tiada paksaan.

Mereka yang susah ini terlalu ramai. Mereka ini jiran kita, saudara mara kita, mereka ada di sekeliling kita. Ada yang meminta minta, ada yang tidak suka meminta minta, mereka usaha sendiri dan berserah pada Allah.

Mereka yang susah ini, jika tidak dibantu, mereka akan tetap hidup, kerana rezeki kita semua adalah daripada Allah, hidup mati kita adalah milik Allah.

Namun apabila saya paparkan kisah kesusahan mereka tanpa menyatakan nama sebenar kerana ada yang tidak mahu diganggu privasi mereka ada individu yang menghubungi saya kononnya untuk membantu keluarga tersebut. Padahal individu tersebut hanya ingin menyoal siasat keluarga tersebut semata mata untuk melihat apa yang saya tulis benar atau rekaan semata mata.

Seperti yang saya kata, tiada paksaan untuk membantu.

Mereka yang susah ramai berada di sekeliling kita tanpa kita sedari.

Tiada paksaan untuk bantu melalui organisasi yang saya sertai atau organisasi lain atau hanya tunggu dan lihat.

Semoga negara kita Malaysia yang tercinta ini akan lebih aman, makmur, dirahmati apabila kita berkasih sayang hanya kerana Allah, mengharapkan redha Allah.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
13 Dis 2014

Friday, December 12, 2014

Terpaksa hidup berjimat cermat



Semoga ahli kariah, jiran tetangga dapat membantu keluarga ini. Siapa yang ada nombor telefon keluarga ini harap maklum kepada saya Hj Rozmal 012-2267406.


Terpaksa hidup berjimat cermat
12 Disember 2014

GEMAS – Seorang isteri tabah menjaga suaminya yang terlantar sakit sejak lebih setahun lalu walaupun mereka tiga beranak hanya bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Khamisah Khamis, 47, berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mengehadkan perbelanjaan harian berikutan suaminya, Muhammad Darus, 46, tidak boleh ditinggalkan seorang diri serta tidak mampu menguruskan diri sejak awal tahun lalu.

Disebabkan itu kata Khamisah, dia tidak dapat mencari pendapatan lain untuk keluarganya.

Katanya, dia juga terpaksa berjimat cermat bagi membeli keperluan lampin pakai buang serta susu buat suaminya.

“Akak terpaksa beri suami makan bubur kosong serta memberi susu khas yang bukan disyorkan oleh hospital kerana harganya jauh lebih murah. Rutin akak ini telah menyebabkan suami kurang zat sehingga berat badan suami dari 80 kilogram mendadak turun ke 39 kilogram.

“Bagaimanapun, akak tidak ada pilihan memandangkan hanya bergantuan pada bantuan itu sahaja. Akak juga mempunyai seorang anak (Muhammad Shahrul Nizam Muhammad, 15) yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Halacara Baru Londah, dekat sini, semalam.

Khamisah berkata, sebelum ini dia ada memohon bantuan bulanan dari Baitulmal bagi menampung perbelanjaan sekolah anaknya, namun permohonan itu tidak berjaya kerana suaminya telah menerima bantuan bulanan JKM.

Katanya, pada Mac lalu, suaminya ada menerima bantuan perubatan daripada Baitulmal bernilai RM1,500, namun ia digunakan untuk membeli mesin membuang kahak dan keperluan lampin serta susu suami.

“Mujur adik-beradik suami sering bertolak-ansur dan membantu kami sekeluarga untuk membeli makanan keperluan harian. Namun, akak tidak dapat memberi suami minum susu tujuh kali sehari, malah kadang-kala menggunakan plastik bagi menggantikan lampin pakai buang.


Wednesday, December 10, 2014

Rayuan bantuan untuk pengawal keselamatan di ibu kota




Gaji sebagai seorang pengawal keselamatan di ibu kota Kuala Lumpur sudah pastinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian keluarga. Apatah lagi isteri sebagai suri rumah sepenuh masa untuk mengurus anak-anak yang ramai, dibebankan lagi dengan kos sewa rumah yang tinggi.

Setiap bulan terpaksa meminta belas ihsan kawan-kawan samada mohon sumbangan atau pinjaman. Itu pun masih belum cukup untuk menanggung kos asas, belum lagi untuk menjelaskan hutang keperluan harian lain yang semakin meningkat, bil elektrik dan sebagainya.  Tambahan pula sesi persekolahan 2015 akan buka tidak lama lagi. Memang amat amat berat beban yang ditanggung.

Mereka yang ingin membantu keluarga pengawal keselamatan ini sila hubungi saya Hj Rozmal 012-2267406 .

Siapa tahu mungkin pengawal keselamatan ini ialah sahabat karib kita semasa di sekolah, kawan kita di kampung dan sebagainya.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
11 Dis 2014