Saturday, December 13, 2014

Salahkah jika kita bantu mereka yang susah, kesempitan?


Setiap kisah kesusahan dan kesempitan hidup beberapa keluarga di negara kita ini yang saya paparkan di blog atau FB saya terpulang kepada pembaca untuk membantu atau tidak. Baik dari segi bantuan kewangan, barangan atau doa, tiada paksaan.

Mereka yang susah ini terlalu ramai. Mereka ini jiran kita, saudara mara kita, mereka ada di sekeliling kita. Ada yang meminta minta, ada yang tidak suka meminta minta, mereka usaha sendiri dan berserah pada Allah.

Mereka yang susah ini, jika tidak dibantu, mereka akan tetap hidup, kerana rezeki kita semua adalah daripada Allah, hidup mati kita adalah milik Allah.

Namun apabila saya paparkan kisah kesusahan mereka tanpa menyatakan nama sebenar kerana ada yang tidak mahu diganggu privasi mereka ada individu yang menghubungi saya kononnya untuk membantu keluarga tersebut. Padahal individu tersebut hanya ingin menyoal siasat keluarga tersebut semata mata untuk melihat apa yang saya tulis benar atau rekaan semata mata.

Seperti yang saya kata, tiada paksaan untuk membantu.

Mereka yang susah ramai berada di sekeliling kita tanpa kita sedari.

Tiada paksaan untuk bantu melalui organisasi yang saya sertai atau organisasi lain atau hanya tunggu dan lihat.

Semoga negara kita Malaysia yang tercinta ini akan lebih aman, makmur, dirahmati apabila kita berkasih sayang hanya kerana Allah, mengharapkan redha Allah.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
13 Dis 2014

No comments: