Pelajar IPTA buat pinjaman peribadi sementara tunggu PTPTN
Seorang pelajar IPTA telah menghubungi saya, katanya dia dalam keadaan amat terdesak. Dia cuma memerlukan RM500 sahaja. Pelajar ini dari keluarga yang susah. Dia perlu RM500 untuk bayar bunga yang dikenakan apabila pinjam RM2000 sementara menunggu PTPTN.
Setelah di soal siasat dengan bukti yang disertakan didapati apa yang diperkatakan boleh dipercayai.
Berapa ramai agaknya belia kita yang berada di IPT buat pinjaman peribadi kerana kesempitan hidup?
Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
http://yam-ns.blogspot.com
Tel 0122267406
Tuesday, October 28, 2014
Sunday, October 26, 2014
Keluarga penoreh getah tidak mampu beli cermin mata anak-anak
26 Okt 2014 – Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan hari ini telah menziarahi keluarga penoreh getah
di Kg Minching, Pedas, Rembau yang diketuai oleh Naib Pengerusi 2 nya
, Puan Norwani. Keluarga penoreh getah ini, Puan Zainun kini terpaksa
menanggung tugas sebagai ketua keluarga, memandangan suamnya Encik
Nordin mempunyai masalah jantung yang memerlukan rawatan hospital
dari masa ke semasa.
Keluarga ini mempunyai 5 orang anak
berumur antara 4 ke 16 tahun. 3 orang anak mereka ini mempunyai
masalah penglihatan, namun hanya seorang sahaja yang mereka mampu
untuk dibelikan cermin mata.
Sewaktu cuti sekolah anak-anak mereka
akan bergilir-gilir menjaga ayah mereka yang sakit di rumah dan
membantu ibu mereka menoreh getah. Getah yang ditoreh adalah kebun
milik orang lain, di mana hasil getahnya perlu dibahagi dua.
Pendapatan mereka menoreh getah pada
masa ini adalah sekitar RM50 seminggu.
Keluarga ini ada mendapat bantuan
bulanan dari JKM serta bantuan persekolahan dari Baitul Mal. Namun
ianya sememangnya tidak mencukupi untuk menanggung kos rawatan ulang
alik ke hospital untuk Encik Nordin, kos membiayai cermin mata
anak-anak serta kos membaiki rumah pusaka yang didiami mereka yang
semakin usang, reput dimakan anai-anai.
Kepada mereka yang ingin membantu
keluarga ini untuk membiayai kos cermin mata anak-anak mereka atau
kos berulang alik rawatan ke hospital serta membaiki serba sedikit
rumah mereka yang uzur ini, sila hubungi Naib Pengerusi 2 Yayasan
Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Puan Norwani di talian 013-3851202
.
Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
Friday, October 24, 2014
Pelajar IPTA kesempitan wang untuk sewa rumah
Seorang pelajar IPTA telah menghubungi
saya. Dia sedang mengambil ijazah sarjana muda di sebuah IPTA di
pantai barat. Berasal dari pantai timur, dari keluarga yang susah,
emak hanya kerja kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Anak sulung , adik-adiknya masih bersekolah.
Dia ada menerima PTPTN, tetapi tidak
cukup kerana terpaksa beli laptop untuk buat kerja kursus, sebelum ni
dia pinjam laptop kawan semasa peringkat Asasi. Sebahagian yuran
sudah dibayar, sebahagian belum dibayar. Duitnya sudah habis,
sekarang dia meminjam daripada kawannya untuk belanja harian.
Asrama hanya disediakan untuk pelajar
Diploma. Jadi dia terpaksa menyewa bilik diluar. Deposit RM480
seorang, dan bulanan RM180 seorang.
Buku pun banyak yang dia belum beli
lagi, pinjam-pinjam kawan dulu. Buku yang perlu dibeli sekitar RM600.
Semasa di Asasi dulu ada pensyarah yang bantu sikit-sikit. Kini
semasa ambil Ijazah Sarjana mungkin sebab pelajarnya ramai, dia belum
kenal siapa yang boleh bantu.
Duit zakat IPTA dalam proses
permohonan. PTPTN lepas ni cuma akan dapat bulan Mac 2015.
Kepada mereka yang ingin membantu
pelajar ini samada untuk membayar hutang dia pada kawan, yuran kolej,
duit buku, deposit rumah, belanja makan minum boleh hubungi saya
Rozmal 012-2267406
Salam Maal Hijrah
Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
FB : Rozmal Malakan
1 Muharram 1436 H
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
Sunday, October 19, 2014
Sumbangan katil diperlukan untuk Sekolah Tahfiz
Kepada mereka yang ingin menyumbang katil bertingkat samada
yang baru atau terpakai yang masih dalam keadaan yang elok adalah dimaklumkan Sekolah
Tahfiz Arabic Al-Gontory di Puncak Alam, Selangor memerlukan 20 set katil dua
tingkat ini untuk persiapan kemasukan 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang
pelajar perempuan pada Januari 2015.
Anggaran kos untuk katil bertingkat berserta tilam ialah
RM350 untuk satu set.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi
pengetua sekolah ini Ustaz Septian 0132646001 atau saya Rozmal 0122267406 .
Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES
Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
20 Okt 2014
Saturday, October 18, 2014
Bengkel Teknik Temuduga Berjaya
Ketika mengendalikan sesi temuduga
terhadap graduan kita, saya masih dapati masih ada calon temuduga
yang gagal sebelum sesi temuduga. Mereka menyangkakan keputusan
cemerlang dalam peperiksaan cemerlang adalah kunci kejayaan sesuatu
temuduga. Banyak aspek yang perlu diambil kira semasa membuat resume,
menghantar borang, membuat surat permohonan dan sebagainya.
Justeru itu kami menyarankan kepada
para graduan yang masih belajar di peringkat Sijil, Diploma atau
Ijazah atau yang sedang menganggur atau mencari pekerjaan yang lebih
baik agar menghadiri sesi Bengkel Teknik Temuduga Berjaya.
Kepada mereka yang tidak berkemampuan
untuk membayar yuran temuduga ini pihak Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan akan menjelaskan keseluruhan yuran tersebut
dengan syarat para peserta bersungguh-sungguh ingin menghadiri
bengkel ini.
Mereka yang ingin mendaftar tetapi
tidak mampu membayar yuran tersebut sila daftar terus dengan pihak
penganjur dengan SMS atau Whatsapp ke saya 012-2267406 , Nama dan No
KP.
Kepada pihak yang ingin menaja para
peserta yang kurang mampu ini adalah juga dialu-alukan dengan
menyalurkan sumbangan ke Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun
Maybank saya , no akaun 155126945930
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
19 Okt 2014
Rayuan bantuan baik pulih rumah warga emas lumpuh
Rumah ini didiami oleh seorang warga
emas yang tinggal seorang diri di sebuah kampung di Rembau. Warga
emas ini juga lumpuh sejak sekian lama, orang kampung yang prihatin
membantu menguruskan warga emas ini.
Kini mereka kekurangan simen, pasir dan
batu konkrit untuk menyimen rumah depan warga emas ini yang akan
basah ketika hujan lebat.
Jumlah simen yang tidak cukup ialah 7
kampit (RM133) , selori kecil pasir (RM160) dan selori kecil batu
konkrit (RM140). Jumlah keseluruhannya ialah RM 433.
Mereka yang ingin membantu sila hubungi
saya melalui Tel/SMS/Whatsapp 012-2267406.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun
155126945930
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
18 Okt 2014
Bantuan membayar yuran pelajar sekolah pondok yang susah
Saya dimaklumkan terdapat 3 orang
pelajar sekolah pondok dari keluarga yang susah yang mempunyai
kesukaran untuk menjelaskan yuran pengajian bulanan mereka di sebuah
madrasah di Negeri Sembilan.
Yuran ini termasuk yuran asrama,
pengajian dan makan minum hanya RM200 sebulan untuk seorang pelajar.
Mereka yang ingin membantu sila hubungi
saya melalui Tel/SMS/Whatsapp 012-2267406.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun
155126945930
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
18 Okt 2014
Wednesday, October 15, 2014
Tak perlu salahkan mana-mana pihak untuk membantu mereka yang memerlukan
Apabila saya paparkan kisah segelintir kecil daripada kita
yang memerlukan bantuan, tak perlulah kita hendak mencari kelemahan atau
kesalahan mana-mana pihak dalam hal ini. Kita sendirilah yang bantu,
setidak-tidaknya kita berdoa agar ALLAH permudahkan urusan mereka yang
memerlukan ini.
Saya tahu pihak JKM, Baitul Mal, Pusat Zakat, Wakil Rakyat
ada memainkan peranan mereka. Tetapi bilangan mereka yang memerlukan ini
terlalu ramai, mereka ada di sekeliling kita.
Sebilangan mereka itu ada borang permohonan bantuan belum
isi, baru isi, dalam proses, permohonan berulang dan sebagainya.
Sama-samalah kita membantu, menyalahkan pihak lain tidak
akan membantu mereka yang memerlukan ini.
Semoga rahmat ALLAH akan melimpah ruah apabila kita berkasih
sayang, semata-mata kerana ALLAH.
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Monday, October 13, 2014
Ibu tunggal sakit kronik diberi notis keluar rumah
Saya dimaklumkan seorang ibu tunggal
di sebuah taman perumahan di Senawang yang menghidap pelbagai sakit
kronik telah diberi notis untuk keluar rumah sebelum 22 Okt 2014
kerana mempunyai tunggakan sewa rumah untuk 2 bulan sebanyak RM600.
Ibu tunggal ini sebelum ini bekerja sebagai tukang masak namun telah
berhenti kerja akibat penyakit tersebut.
Ibu tunggal ini mempunyai 2 orang anak
, seorang di sekolah menengah, seorang lagi di IPTA.
Sebelum ini, keluarga ini mendapat
bantuan JKM, tetapi dimaklumkan bantuan tersebut telah dihentikan
apabila anaknya masuk IPTA.
Bantuan dari Baitul Mal pun sebelum ini
sudah diperolehi namun masih belum mencukupi.
Kepada mereka yang ingin mendapat
maklumat mengenai keluarga ini atau membantu keluarga ini sila
hubungi sahabat saya Mohamad Hassan di talian 019-2171942 atau saya
sendiri Rozmal 012-2267406 ,
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun
155126945930
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
Kelas Jawi untuk pelajar miskin
Anak Muda Prihatin Rembau dengan kerjasama Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengadakan Kelas Bimbingan untuk Memperkasa
Tulisan Jawi untuk pelajar sekolah rendah yang datang dari keluarga yang
berpendapatan rendah.
Kelas Bimbingan Memperkasa Tulisan Jawi ini mensasarkan
seramai 20 orang pelajar dan akan diadakan di Taman Al Quran, Taman Seri
Rembau, Rembau.
Kos yang diperlukan untuk mengendalikan kelas ini selama 2
bulan ialah sekitar RM750 sahaja, sudah termasuk bahan bantuan mengajar,
pengangkutan serta saguhati tenaga pengajar.
Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ustaz
Farhan 013-6608271 atau saya sendiri Hj Rozmal 012-2267406.
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun CIMB, Ustaz Muhammad
Farhan bin Mohammad Zaki , No Akaun 7611864060
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Sunday, October 12, 2014
Pembinaan Sekolah Tahfiz di Rembau sedang giat dijalankan, sumbangan masih diperlukan
Ini gambar terkini pembinaan sekolah
tahfiz di Kg Bongek, Jln Chengkau-Pulau Mampat, Rembau kini yang
sedang giat dijalankan. Selepas Hari Raya Idil Adha pembinaan
disambung semula, kini diperingkat ikat batu dinding.
Kos pembinaan sekolah tahfiz ini
dijangka sekitar RM 200,000.
Bahan yang diperlukan ialah tingkap
saiz 6ka x 2ka sebanyak 6 unit, tingkap sliding 2 unit, dan pintu 2
unit yang dianggarkan kos sekitar RM 4,500.
Kepada mereka yang ingin menyumbang
bahan binaan untuk sekolah tahfiz ini sila hubungi Pengetua sekolah
ini Ustaz Septian Whatsapp/SMS 013-2646001 atau Hj Rozmal bin Malakan
012-2267406 .
Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY
Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic
Al Gontory di
Perkembangan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Alhamdulillah, Allah izinkan kami
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan tangani beberapa kes pada
tahun ini, hanya melalui kehendak Allah semata-mata dengan sokongan
doa dan sumbangan orang ramai.
Antaranya :
1. Kes pelajar cemerlang tak cukup wang
daftar masuk IPTA di Johor
2. Kes pelajar IPTA yang ditahan sijil
kerana tak mampu bayar yuran tertunggak IPTA di KL
3. Kes remaja hamil luar nikah
4. Kes ibu tunggal dengan tunggakan
sewa yang tinggi di perumahan awam DBKL
5. Bantuan pelajar madrasah, sekolah
pondok yang susah mempunyai tunggakan yuran
6. Bantuan kempen sumbangan untuk
pembangunan sekolah tahfiz
7. Bantuan kempen sumbangan program di
surau rumah pangsa kos rendah
8. Sumbangan laptop terpakai utk
pelajar IPT dari keluarga susah
9. Program waqaf buku belajar solat utk
golongan mualaf
10. Bengkel temuduga utk graduan,
percuma utk graduan dari keluarga susah
Pihak kami terdiri dari sukarelawan.
Kami terdiri dari mereka yg bekerja sepenuh masa di pelbagai sektor
industri. Kami tidak mempunyai sumber dana yg tetap, hanya sumbangan
ahli dan orang ramai.
Oleh itu kami amat mengalu-alukan
sumbangan orang ramai.
Maklumat lanjut di laman sesawang
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan di
http://yam-ns.blogspot.com
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
Thursday, October 9, 2014
Rayuan Sumbangan Surau Rumah Pangsa Kos Rendah
Surau Al Azim (Surau Blok J), Rumah Pangsa Kos Rendah, Taman
Nilai Perdana, Nilai, Negeri Sembilan amat mengalu-alukan sumbangan kewangan
untuk membiayai program serta aktiviti surau ini antaranya Majlis Ilmu, Kuliah
Maghrib, Ceramah Bulanan dan sebagainya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan atau
lain-lain sumbangan keperluan surau bolehlah menghubungi Setiausaha Surau Al
Azim, Ustaz Hasni bin Alias di talian 012-6123474 .
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat, atas
nama : SURAU Al-AZIM , No Akaun 22-103-108323-7
Sunday, October 5, 2014
Program Tip Temuduga
Kepada para siswazah lepasan IPT yang
ingin menghadiri program ini tetapi tidak berkemampuan untuk membayar
yuran program, sila hubungi saya Rozmal melalui SMS atau Whatsapp
saja di talian 012-2267406 , insyaALLAH kita akan cuba cari pihak
yang boleh menaja.
Sila nyatakan nama penuh, no MyKad,
kelulusan terakhir dan nama IPT.
Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Wednesday, October 1, 2014
Wakaf Buku Mari Belajar Solat
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan mensasarkan untuk mengagihkan sebanyak 1,000 buah buku Mari
Belajar Solat kepada golongan saudara baru terutamanya dari kaum
pribumi dan Orang Asli.
Kos untuk sebuah buku ini ialah RM10.
Kepada mereka yang ingin memberi
sumbangan buku ini sebagai wakaf sila hubungi Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan , Hj Rozmal bin
Malakan melalui Tel/Whatsapp/SMS 012-2267406 atau Setiausaha Sdr
Saiful Ridzuan 013-6840323 .
Subscribe to:
Posts (Atom)