Ketika mengendalikan sesi temuduga
terhadap graduan kita, saya masih dapati masih ada calon temuduga
yang gagal sebelum sesi temuduga. Mereka menyangkakan keputusan
cemerlang dalam peperiksaan cemerlang adalah kunci kejayaan sesuatu
temuduga. Banyak aspek yang perlu diambil kira semasa membuat resume,
menghantar borang, membuat surat permohonan dan sebagainya.
Justeru itu kami menyarankan kepada
para graduan yang masih belajar di peringkat Sijil, Diploma atau
Ijazah atau yang sedang menganggur atau mencari pekerjaan yang lebih
baik agar menghadiri sesi Bengkel Teknik Temuduga Berjaya.
Kepada mereka yang tidak berkemampuan
untuk membayar yuran temuduga ini pihak Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan akan menjelaskan keseluruhan yuran tersebut
dengan syarat para peserta bersungguh-sungguh ingin menghadiri
bengkel ini.
Mereka yang ingin mendaftar tetapi
tidak mampu membayar yuran tersebut sila daftar terus dengan pihak
penganjur dengan SMS atau Whatsapp ke saya 012-2267406 , Nama dan No
KP.
Kepada pihak yang ingin menaja para
peserta yang kurang mampu ini adalah juga dialu-alukan dengan
menyalurkan sumbangan ke Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun
Maybank saya , no akaun 155126945930
Yang benar,
Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
19 Okt 2014
No comments:
Post a Comment