Wednesday, October 15, 2014

Tak perlu salahkan mana-mana pihak untuk membantu mereka yang memerlukan



Apabila saya paparkan kisah segelintir kecil daripada kita yang memerlukan bantuan, tak perlulah kita hendak mencari kelemahan atau kesalahan mana-mana pihak dalam hal ini. Kita sendirilah yang bantu, setidak-tidaknya kita berdoa agar ALLAH permudahkan urusan mereka yang memerlukan ini.

Saya tahu pihak JKM, Baitul Mal, Pusat Zakat, Wakil Rakyat ada memainkan peranan mereka. Tetapi bilangan mereka yang memerlukan ini terlalu ramai, mereka ada di sekeliling kita.

Sebilangan mereka itu ada borang permohonan bantuan belum isi, baru isi, dalam proses, permohonan berulang dan sebagainya.

Sama-samalah kita membantu, menyalahkan pihak lain tidak akan membantu mereka yang memerlukan ini.

Semoga rahmat ALLAH akan melimpah ruah apabila kita berkasih sayang, semata-mata kerana ALLAH.

Yang benar,

Haji Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

No comments: