26 Okt 2014 – Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan hari ini telah menziarahi keluarga penoreh getah
di Kg Minching, Pedas, Rembau yang diketuai oleh Naib Pengerusi 2 nya
, Puan Norwani. Keluarga penoreh getah ini, Puan Zainun kini terpaksa
menanggung tugas sebagai ketua keluarga, memandangan suamnya Encik
Nordin mempunyai masalah jantung yang memerlukan rawatan hospital
dari masa ke semasa.
Keluarga ini mempunyai 5 orang anak
berumur antara 4 ke 16 tahun. 3 orang anak mereka ini mempunyai
masalah penglihatan, namun hanya seorang sahaja yang mereka mampu
untuk dibelikan cermin mata.
Sewaktu cuti sekolah anak-anak mereka
akan bergilir-gilir menjaga ayah mereka yang sakit di rumah dan
membantu ibu mereka menoreh getah. Getah yang ditoreh adalah kebun
milik orang lain, di mana hasil getahnya perlu dibahagi dua.
Pendapatan mereka menoreh getah pada
masa ini adalah sekitar RM50 seminggu.
Keluarga ini ada mendapat bantuan
bulanan dari JKM serta bantuan persekolahan dari Baitul Mal. Namun
ianya sememangnya tidak mencukupi untuk menanggung kos rawatan ulang
alik ke hospital untuk Encik Nordin, kos membiayai cermin mata
anak-anak serta kos membaiki rumah pusaka yang didiami mereka yang
semakin usang, reput dimakan anai-anai.
Kepada mereka yang ingin membantu
keluarga ini untuk membiayai kos cermin mata anak-anak mereka atau
kos berulang alik rawatan ke hospital serta membaiki serba sedikit
rumah mereka yang uzur ini, sila hubungi Naib Pengerusi 2 Yayasan
Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Puan Norwani di talian 013-3851202
.
Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
No comments:
Post a Comment