Sunday, October 12, 2014

Perkembangan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan


Alhamdulillah, Allah izinkan kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan tangani beberapa kes pada tahun ini, hanya melalui kehendak Allah semata-mata dengan sokongan doa dan sumbangan orang ramai.

Antaranya :
1. Kes pelajar cemerlang tak cukup wang daftar masuk IPTA di Johor
2. Kes pelajar IPTA yang ditahan sijil kerana tak mampu bayar yuran tertunggak IPTA di KL
3. Kes remaja hamil luar nikah
4. Kes ibu tunggal dengan tunggakan sewa yang tinggi di perumahan awam DBKL
5. Bantuan pelajar madrasah, sekolah pondok yang susah mempunyai tunggakan yuran
6. Bantuan kempen sumbangan untuk pembangunan sekolah tahfiz
7. Bantuan kempen sumbangan program di surau rumah pangsa kos rendah
8. Sumbangan laptop terpakai utk pelajar IPT dari keluarga susah
9. Program waqaf buku belajar solat utk golongan mualaf
10. Bengkel temuduga utk graduan, percuma utk graduan dari keluarga susah

Pihak kami terdiri dari sukarelawan. Kami terdiri dari mereka yg bekerja sepenuh masa di pelbagai sektor industri. Kami tidak mempunyai sumber dana yg tetap, hanya sumbangan ahli dan orang ramai.

Oleh itu kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai.

Maklumat lanjut di laman sesawang Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

No comments: