Mula-mula pergi dengan belanja sendiri
mengharapkan akan dapat pinjaman atau biasiswa. Namun disebabkan
krisis di Timur Tengah ada pelajar yang diberi opsyen untuk pulang
atau melanjutkan pelajaran di tempat lain.
Tapi pelajar ini tidak mampu untuk
sambung di tempat lain kerana kos belajar di sana jauh lebih murah
dari tempat lain. Pada mulanya ada juga rakan keluarga yang membantu.
Kini keluarga dalam kesempitan yang amat sangat.
Pelajar yang cemerlang dengan keputusan
yang cemerlang. Memang hampir mustahil untuk membantu pelajar ini
tanpa biasiswa atau pinjaman dari agensi kerajaan atau swasta atau
dermawan. Rayuan ke pihak menteri telah dibuat namun ditolak sebab
kita faham ianya polisi kerajaan untuk tidak lagi memberikan pinjaman
dan biasiswa di tempat tersebut akibat krisis di Timur Tengah.
Kepada mereka yang tahu bagaimana cara
untuk membantu pelajar cemerlang dari keluarga yang susah ini sila
hubungi saya, Rozmal 012-2267406. Maklumat pelajar dan keluarganya
yang susah perlu dirahsiakan atas beberapa faktor. Mereka yang saya
berikan maklumat keluarga pelajar ini harap berurusan terus dengan
beliau tanpa menyebarkan kepada umum identiti mereka.
Hanya kepada ALLAH saya berserah.
Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
No comments:
Post a Comment