Encik Ridzman dan isteri beliau Puan
Dini Suriati dari PPR Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, mempunyai 3
orang anak yang comel. Mereka diuji dengan 2 anak yang perlukan
rawatan, seorang barah mata, seorang lagi masalah paru-paru.
Anak comel adik Diaz Diana 4 tahun yang
mempunyai barah mata perlu melalui rawatan pakar di hospital
kerajaan, Hospital Sg Buloh, Selangor dari masa ke semasa.
Disebabkan sibuk dengan urusan merawat
anak, kini pasangan ini mungkin terpaksa keluar dari rumah jika tidak
membayar tunggakan sewa rumah dan bil air serta elektrik sebelum 18
Nov 2014, tarikh yang sama untuk rawatan susulan anak mereka di
Hospital Sg Buloh.
Tunggakan sewa rumah ialah RM 496
(RM124 X 4 bulan), tunggakan elektrik dan air ialah RM 171.15.
Setiap kali pasangan ini membawa anak mereka untuk rawatan di
Hospital Sg Buloh mereka memerlukan sekitar RM380 untuk belanja
pengangkutan, makan minum serta penginapan.
Pasangan ini telah menghantar
permohonan bantuan JKM tetapi belum mendapat jawapan.
Kepada mereka yang ingin membantu
keluarga ini samada menjelaskan hutang sewa rumah, tunggakan elektrik
serta air bolehlah menghubungi mereka di talian 017-8261894
(Ridzman/Dini Suriati).
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
6 Nov 2014
No comments:
Post a Comment